Thursday, September 1, 2016

Stokin & Kaki

Assalamualaikum

Hallo semorang yang merindui diri ini ewah..lama tak menaip huhuhuhu

So hari ni nak cerita pasal stokin dan kaki-kaki semorang..basically semorang ada kaki kan kan kan..

Tertarik dengan cerita salah seorang coursemate tentang perjalanannya sampai dah terbiasa pakai stokin bila keluar..apa yang nak diceritakan ni more to muslimah especially, untuk tutup kaki kita..kaki kita kan aurat 😊

Kita lahir2 kecik2 cenonet pun ibu kita dah pakaikan stokin , besar2 tanak pakai pulak. Eh?!

So ai pun takda la pakai dari darjah2 or masa sekolah menengah..start pakai handsock waktu sekolah menengah tu pun sebab malu adik adik ai semua pakai ai je tak pakai..so waktu diorang beli ai pun ajet-ajet beli hahaha..same goes to stokin la..rasanya start fully pakai waktu kat matrik sebab malu jugak kahkahkah..kawan pakai adik adik pun pakai so malu la 😅 ai jenis pi kelas pakai sneaker so memang lagi selesa berstokin tapi kalau santai2 keluar balun la selipar tak berstokin..anddd lagiii sekalii malu dengan adik adik..diorang pegi pasar malam pakai selipar pun pakai stokin..so sebab malu *again* pakai la jugak.. Tapi lama lama benda tu dah jadi biasaaa sangat bahkan *kemain ayat gais* bila tak pakai akan rasa pelik rasa berdosa *deep*

Stokin murah murah je uollss..stokin gulung bulat2 tu baru 2 ringgit sepasang.. Ni la stokin pertama yang ai pakai.. Takda la panjang sampai ke paha.. Atas ankle sikit ja and tak nipis tak tebal but still a good start kalau nak cuba cuba pakai.. Sekarang pun banyak je jenis stokin orang jual.. Kalau awak nak amik wudhuk malas nak cabut stokin beli yg boleh open dari bawah and terus tarik naik atas *tak reti nak explain 😅 .. Kalau awak tak suka jari jari kaki awak bersama terlalu rapat maka belikan mereka stokin yang berjari-jari tu.. Kalau nak pakai selipar pun senang beli je stokin yg ada part ibu jari kaki tu haa.. Takda limit pun stokin ni nak dipadankan dengan any kind of kasutt punn.. Semua bolehhh!! Easy gaisss easyyy!!!!

Benefit pakai stokin ni banyakkkkk sangattt.. Sendiri experienced sendiri rasa.. Dulu kalau tak pakai stokin mesti celah celah kuku kaki ni ada macam kotor habuk daki melekat.. Bila pakai rasa clean je kuku kuku ni daki pun kurang.. Takyah dah pakai cream kaki ke apa sebab kulit kaki akan jadi lembut gittewww sebab kurang kena matahari kan.. Tapak kaki pun kurang mengelupas.. Kasut kita pun akan bersih sikit and kurang berbau.. Dannnn yang palinggg penting sekali jaga la jugak kebersihan.. Janganlah pakai stokin yang sama straight satu minggu  nanti kena cop dah tutup aurat tapi pengotor.. Eh?!

Seterusnya ke arah topik sahabat pulak.. Kalau ada antara kawan2 kita yang tak pakai, ai admit ai sendiri tak berani tegur.. Nak hadiahkan dia stokin pun tak tergamak sebab ai still rasa diri tak cukup sempurna nak tegur sini sana 😅 But boleh je guna teknik teknik tersirat sebagai contoh bila kita nak upload gambar diorang kat mana mana sosial media tolong la coverkan aurat diorang.. Letak emoji cecomel ke lukis2 sikit haa.. Bila diorang tengok mesti diorang deep sikit huhu 😅 kalau berani tegur lagi bagus 👍

Sekadar teguran biasa biasa takda niat nak bash orang yang tak pakai stokin ke apa. Slow slow cuba lama lama insyaAllah terbiasa😊 Ai pun bermula sebab malu. Tak kesah la sebab apa pun kalau hati kata nak cuba, CUBA!!

Bye2

Wednesday, August 26, 2015

ibu dan bunga

assalamualaikum

tak pernah amik port tolong ibu tanam pokok ke apa apa yang melibatkan pokok..ada kot sekali dua tolong angkat pasu ke siram pokok tu biasa la..itupun ibu dah pesan pokok sekian sekian jangan siram guna air direct dari paip sebab pressure dia kuat tapi who cares asalkan dia dapat air cukup la kan -____-

selama 6 bulan cuti ni finally ai realize betapa pentingkan hubungan antara kita dengan pokok supaya pokok tu tumbuh elok berbunga..ritu first time setelah berabad tak ikut ibu pi nursery..waktu tu la nak cita ni tubik dale hati ni indahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bunga bunga kat nursery tu..nursery tu tepi jalan raya tahu..memamg tepi jalan yang bapak gila sibuk la but kau masuk ja dalam nursery tu rasa macam duduk dunia lain kahkahkahkah over sangat..ai takleh lepas pandang semua bunga satu2 setiap jenis warna semua ai belek sebab semuaaaa lelawa..dannnnnnnnnnnnnnnn paling jakun la ai ingat pokok bunga ros ni sepasu tu dalam 50 ringgit sebab yaa laaaa orang cinta2 ni bagi bunga ros sejambak mahal kottt mana nak tahu kann..

selepas hari itu baru la ada feel sikit nak tolong ibu tanam bunga..campur tanah itu tanah ini pindah bunga dalam pasu besar..baru sekali ja tolong ya laaa awak ingat ibu kita tanam pokok baru hari2 ke -___- ada jugak pengalaman okayyy..ai dapat jugak tengok ibu ai cakap dengan bunga huhuhu comelnyaaa ibu..sambil ibu tanam ibu cakap la encik pokok berbunga la yee..okay sweet sangat

menanam pokok ni berbeza caranya ikut jenis pokok kan..so benda ni ai boleh kaitkan napa ibu suka sangat menanam..pertama minat ibu..ibu dari kecik suka menanam biasalah dulu2 duduk kampung tanah luas..second sebab ai rasa (walaupun ibu tak pernah cakap) menanam pokok2 ni berkait rapat dengan membesarkan anak..ibu ai anak ramai so sebab tu dia boleh sabar dengan perangai pokok yang okay sikit berbanding perangai anak2 dia ni..hahaaha..kalau ai la tanam2 ni..rini tanam esok ai nak pokok tu berbungaa dah tak kiraaa nak jugakk!!

ai tahu semua tak paham la okay meh nak terangkan..pokok ada banyak jenis..different pokok pun ada cara yang berbeza nak jaga..jumlah baja..tempat dia kena redup ka tak panas sangat ke apa..air sebaldi ke setitik ke apa centu la..macam tu jugak anak kan..as ai grow up dalam family ni..ai dengan adik2 ada minat yang totally different gilaaaaaaaaaa so memang tak sama langsung..jadi macam mana ibu sabar jaga satu satu kami adik beradik yang berbeza perangai dan sikap ni macam tu la ibu jaga pokok pokok ibu..sebab ibu sabar :) jaga dengan penuh kasih sayang!!itulah kuncinya nak pokok anda membesar dengan baik..pokok pun ada perasan tahuuu..

alang2 dah dibandingkan dengan pokok ni ai mestilah pokok bunga ros kahkahkahkahkahkah okay perasan sikit..okay banyak

 sebab basyir pun rajin tanam2 ni..boleh la jadi kawan baik ibu :)