Wednesday, May 30, 2012

berat body?

assalamualaikum

siapa kat sini mempunyai masalah obesiti atau terlebih berat padan??sila angkat kening..oke2..turun kening balik..

jom..makcik nak share menatang nih sikit......




KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan. 

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram. 

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan. 

"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya. 
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan. 

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - BERNAMA 







bangga ke anda semua mendengarnya??bangga??pernah makan tangan tak??? (senyum-senyum)..of course la tak kan..bayangkan cikgu pendidikan jasmani kat sekolah dok ajar anda semua tekan tubi, naik turun bangku, senamrobik segala bagai..last2, dapat jugak tempat pertama..kalau jadi negara di tempat pertama mempunyai rakyat yang telebih sihat takpa la jugak kan..nih??fikir la sendiri...


jadi jika anda salah seorang daripada penyumbang kepada tempat pertama ini..silalah mengambil tindakan..tak tahu macam mana??sekarang kan semua maklumat di hujung jari..hah, belek la jari anda tuh lekas..nanti keluar la maklumat ==!..maaf2..cuba la search kat internet tentang diet pemakanan, resepi yang sihat ataupun kunjungi kedai buku-beli buku tentang kesihatan berdekatan atau tiri cara pemakanan rasulullah ataupun pinjam buku teks pendidikan jasmani tingkatan 4..saya ada..nak pinjam??


oke, nih ada la sikit tips dari aspek pemakanan..aku pun bukan arif sangat pasal nih..kalau nak lagi maklumat..taip la kat encik google tuh naih..


tipssssssssssssssssss....


Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minitmanakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam...i like this :)
i like this :)

Ramai mengamalkan diet secara drastik. Tahukah anda bahawa diet begitu boleh memberi masalah lain kepada diri seperti pitam, pengsan, tekanan darah rendah secara mengejut dan fungsi badan berubah secara mendadak.
Pakar kesihatan turut melarang diet drastik ini. Amalkan diet bijak seperti:

1. Jangan tinggalkan sarapan kerana hendak kurangkan makan. Sarapan penting walaupun hanya secawan oat dan minuman bercoklat panas.

2. Kawal pemakanan. Jika sebelum ini waktu tengah hari anda mengambil satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan. Jangan tinggalkan langsung makan tengah hari.

3. Jika sebelum ini anda suka makanan bergoreng, ubah kepada masakan cara merebus, mengukus ataupun panggang.
4. Anda gemar makan daging tetapi diet menyebabkan anda tidak mengambil daging. Anda masih boleh menikmati daging tetapi hanya bahagian tidak berlemak.

5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. Ambil makanan rendah lemak, contohnya kopi dan teh tanpa susu pekat dan yogurt rendah lemak.

7. Amalkan makan malam tidak terlalu lewat, sekitar jam 7.30 malam.

Walaupun berdiet, anda masih boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada kadar terkawal. Makanan disyorkan:

Sarapan 
- Satu mangkuk bubur nasi dengan kacang panjang, daging hancur dan sedikit sayur campur ataupun,
- Sekeping tosai dicecah dengan kari dal ataupun,
- Dua keping roti jala bersama sedikit kari ayam.

Makan tengah hari 
- Sepinggan nasi ayam sama ada dipanggang ataupun dikukus ataupun,
- Sedikit nasi putih, ikan dan sayur campur ataupun,
- Satu mangkuk mihun sup ataupun mi rebus dicampur isi ayam, daging dan bebola ikan ataupun,
- Satu keping capati + ayam + satu mangkuk kecil sayur.

Minum petang (antara 3-6 petang) 
- Cukuplah sebiji epal atau buah-buahan lain seperti betik, anggur, kiwi dan tembikai ataupun,
- Secawan teh o panas dengan sekeping roti bakar.

Makan malam
- Seelok-eloknya makan malam di antara jam 7.30 hingga 9 malam sahaja.
- Cukuplah mengambil sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad ataupun,
- Semangkuk sup sayur, tomyam ataupun
- Hanya menjamah ikan kukus dan sayur-sayuran sudah memadai.

Setiap kali bangun pagi, tengah hari dan sebelum tidur, amalkan minum secawan teh cina ataupun teh biasa dicampur perahan limau nipis ataupun limau kesturi. Apabila diamalkan berterusan, pasti anda gembira dengan berat badan anda yang lebih sempurna.


RAHSIA DIET RASULULLAH

Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-harian terkandung zat-zat makanan yang membahayakan tubuh kita sendiri – lebih lagi apabila ia tidak dinyah dengan baik. Inilah faktor utama terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain.
Ustaz Abdullah Mahmood pernah mengungkapkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjnag hayatnya kerana pandai menjaga makanan Baginda setiap hari. Ternyata Baginda mempunyai beberapa cara pemakanan yang dianggap mempengaruhi kesihatan Baginda.
Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.

Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :

Baginda tidak makan daging bersama susu ;
Baginda tidak makan ikan bersama daging ;
Baginda tidak makan ikan bersama susu ;
Baginda tidak makan ayam bersama susu ;
Baginda tidak makan ikan bersama telur ;
Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;
Baginda tidak makan cuka bersama susu ;
Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;


Kesan dari cara pemakanan sebegini akan lebih jelas untuk jangka masa yang panjang iaitu apabila kita sudah tua nanti. Di dalam kitab juga ada melarang kita daripada makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita dari makan ikan bersama susu, kerana kita akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuan yang membuat penemuan bahawa dalam daging ayam terkandung ion + manakala di dalam ikan pula terkandung ion -, dan jika makanan tersebut bercampur maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari terbit). Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.









so, rancanglah yang terbaik untuk diri anda :)

saya dalam proses menaikan berat badan..apa istilah untuk orang yang kurang berat badan??oke..biar la apa2 pun..

bye!!







1 comment:

cακαρ-cακαρ