Tuesday, December 13, 2011

mari main masak-masak (episod 3)

assalamualaikum

hai!!!!semua sihat tak??hari ni wawa nak ajar korang masak PUDING ROTI KUKUS..ermmm..yum~~yum~~so kalau teringin nak belajar boleh la follow step2 nih..bahan-bahan pun kena cukup k..wawa pernah buat dah,,so korang kenalah cuba oke..jangan lupa the most important thing!!bagi aku rasa(mata berapi).....hahahaha..selamat mencuba!!!!!



bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

cara-cara

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. 
  5. Selepas dikukus,sejukannya kemudian hidangkan.
  6. sedap weyh!!!!!!               



























No comments:

Post a Comment

cακαρ-cακαρ